AS gesa antarabangsa ketatkan sekatan terhadap Korea Utara

AS gesa antarabangsa ketatkan sekatan terhadap Korea Utara

AS gesa antarabangsa ketatkan sekatan terhadap Korea Utara
KOREA Utara semakin aktif melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh dan dekat sejak kebelakangan ini. – AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendesak semua negara mengetatkan sekatan terhadap Korea Utara kerana mencabuli resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik antara benua.

“AS secara lantang mengkritik tindakan yang dilakukan Korea Utara dan sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini dan sekutu memantau rapat sebarang situasi yang boleh mengancam keselamatan,” menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Adrienne Watson.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price pula menegaskan pencabulan itu memerlukan semua negara mengetatkan sekatan terhadap Pyongyang sebagai ‘pengajaran buat mereka’.

Price tidak menyebut mana-mana negara, namun China merupakan sekutu utama Korea Utara, termasuk menjadi rakan ekonomi.

“Sudah terang lagi bersuluh, Korea Utara mencabuli resolusi PBB mengenai senjata nuklear.

“Tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau, selain menimbulkan ancaman keselamatan buat penduduk awam,” ujarnya. – AFP

 

Kad kredit ‘jerat’ generasi muda

AS gesa antarabangsa ketatkan sekatan terhadap Korea Utara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker