Baru 3 Bulan Cerai, Isteri Pelawak Dah Nak Kahwin Dengan Bekas Kekasih? 

Siap Kongsi Foto Bercuti Lagi!

Baru 3 Bulan Cerai, Isteri Pelawak Dah Nak Kahwin Dengan Bekas Kekasih? 

Baru 3 Bulan Cerai, Isteri Pelawak Dah Nak Kahwin Dengan Bekas Kekasih?
Foto: Nathalie Holscher & Sule

Seperti umum mengetahui, komedian dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Sule dan bekas isterinya, Nathalie Holscher baru sahaja bercerai pada Ogos lalu. Namun baru-baru ini, kecoh pula kisah mengenai Nathalie yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas kekasihnya, Faris.

Baru 3 bulan cerai dah ada pengganti?

 

Baru 3 Bulan Cerai, Isteri Pelawak Dah Nak Kahwin Dengan Bekas Kekasih?
Foto: Nathalie Holscher & Faris

Perkara tersebut mula menjadi buah mulut di media sosial selepas Nathalie memuat naik satu foto memaparkan dirinya duduk di atas ATV dengan anak lelaki hasil perkahwinan bersama Sule yang duduk di hadapan Faris. Susulan daripada gambar tersebut, kebanyakan netizen mula mempersoalkan hubungan yang terjalin antara Nathalie dengan Faris yang merupakan bekas teman lelaki yang dikenali sejak 12 tahun lalu.



Akan tetapi, menerusi satu video Nathalie meminta Faris untuk memberitahu status hubungan mereka supaya tidak ada yang salah faham dan menganggap dirinya curang ketika bersama Sule dahulu. Dalam keterangan tersebut, Faris dan Nathalie dikatakan bertemu secara profesional untuk membantu Nathalie menguruskan hal penceraiannya memandangkan Faris adalah peguam. Tetapi siapa sangka, ternyata Faris masih menaruh harapan kepada Nathalie dan selepas mendapat keizinan daripada keluarga, mereka dikatakan telah menjalinkan semula hubungan cinta.

Menerusi laporan Palembang Tribunnews, Nathalie mendakwa kemungkinan dia bakal mengakhiri zaman jandanya tidak lama lagi. Menerusi temu bual bersama Eko Patrio, Faris memberitahu niatnya untuk menghalalkan dan menjadikan Nathalie sebagai suri hatinya pada tahun hadapan. Nathalie menyifatkan Faris seorang lelaki yang baik selain bertanggungjawab dan suka mengambil berat tentang dirinya.

Sumber: Palembang TribunnewsIntip Seleb

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS



Baru 3 Bulan Cerai, Isteri Pelawak Dah Nak Kahwin Dengan Bekas Kekasih?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button