Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur

Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur

Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur

Menurut satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Kadir, mengesahkan 2 mantan pemimpin PAS, Dr Khairuddin dan Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN.

Mantan ahli parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, akan bertanding di parlimen yang sama dalam PRU 15.



Dr Khairuddin yang memenangi kerusi parlimen Kuala Nerus dalam PRU 14 atas tiket PAS, akan bertanding atas tiket BN dalam PRU 15 yang akan datang.

Dalam PRU 14, Dr Khairuddin memenangi kerusi parlimen Kuala Nerus dengan kelebihan 8,447 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/11/P.035



Dr Khairuddin sebelum ini sudah mengumumkan berhenti dari menjadi ahli PAS kerana sudah tidak lagi sefahaman dengan kepimpinan tertinggi PAS.

Manakala seorang lagi mantan pemimpin PAS, Che Abdullah Mat Nawi yang juga mantan ahli parlimen Tumpat juga akan bertanding atas tiket BN untuk PRU 15.

Che Abdullah telah digugurkan dari senarai calon PAS yang akan bertanding dalam PRU 15.

Bersama BN, beliau akan mempertahankan kerusi yang beliau menangi dalam PRU 14 lepas.



Dalam PRU 14, Che Abdullah memenangi kerusi parlimen Tumpat dengan majoriti 17,500 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/3/P.019

Untuk kerusi parlimen Tanjong Karang, pemimpin veteran UMNO, Noh Omar digugurkan dari senarai calon PRU 15.



Tempat beliau akan digantikan dengan Habibah Mohd Yusof.

Noh Omar memenangi parlimen Tanjong Karang dalam PRU 14 dengan kelebihan 1,970 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/10/P.095



 

Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button