Jepun pertimbang guna peluru berpandu hipersonik menjelang 2030

Jepun pertimbang guna peluru berpandu hipersonik menjelang 2030

Jepun pertimbang guna peluru berpandu hipersonik menjelang 2030

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun mempertimbangkan penggunaan peluru berpandu hipersonik menjelang 2030, bagi meningkatkan keselamatan dengan memperhebat keupayaan serangan balasnya.

Lapor Nikkei, kementerian giat memperkasa keupayaan balas, berikutan pencerobohan Russia ke Ukraine yang mengubah persekitaran keselamatan global dan siri pelancaran peluru berpandu Korea Utara serta pergerakan tentera China yang mengancam Jepun.



Katanya, peluru berpandu hipersonik boleh terbang sekurang-kurangnya lima kali lebih pantas berbanding kelajuan bunyi dan pada trajektori kompleks, yang sukar dipintas.

Jepun merancang menyemak semula strategi keselamatan negaranya dan kertas pertahanan utama yang lain menjelang akhir tahun ini.

Nikkei melaporkan, pendirian negara itu terhadap keupayaan serangan balas dan peluru berpandu hipersonik mungkin dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Laporan itu menyebut, satu idea adalah Jepun boleh menggunakan peluru berpandu jarak jauh di tiga negeri dengan mendapatkan Tomahawk buatan Amerika Syarikat (AS), langkah pertama untuk meningkatkan keupayaan serangan balasnya.



Jepun juga boleh menaik taraf peluru berpandu permukaan ke kapal Jenis 12 untuk peringkat kedua, dengan memperluas jaraknya kepada lebih 1,000 kilometer, berbanding kurang 200 kilometer ketika ini. – REUTERS

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

Jepun pertimbang guna peluru berpandu hipersonik menjelang 2030

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button