Jururawat maut kereta bertembung lori

Jururawat maut kereta bertembung lori

Jururawat maut kereta bertembung lori
Keadaan Perodua Myvi terbabit nahas dengan sebuah lori di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat persimpangan lampu isyarat Pekan Lama Kuala Selangor, pagi tadi. – Foto ihsan bomba

KUALA SELANGOR: Seorang jururawat dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah hospital swasta maut apabila kereta dipandunya bertembung lori di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat persimpangan lampu isyarat Pekan Lama Kuala Selangor, di sini pagi tadi.

Pemandu kereta berusia 24 tahun yang memandu Perodua Myvi dilaporkan meninggal dunia di lokasi dalam nahas kira-kira jam 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Sabak Bernam menghala ke Shah Alam.

Jururawat maut kereta bertembung lori
Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi nahas. – Foto ihsan bomba

“Apabila melalui jalan berselekoh, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori dan sebuah lori Isuzu.

“Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kemalangan itu.

Jururawat maut kereta bertembung lori
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta terbabit nahas di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat persimpangan lampu isyarat Pekan Lama Kuala Selangor, pagi tadi. – Foto ihsan bomba
Beliau berkata, mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

 

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

Jururawat maut kereta bertembung lori

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker