Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir. 



 

Oleh Adam Malik.

Negara2 jiran sudah pecut kehadapan didalam pembangunan negara mereka. 

Malaysia bukan lagi pesaing mereka kerana pelabur asing ‘by-pass’ Malaysia dan memilih negara jiran. 

Malaysia mulakan keratapi laju HSR terlebih dulu, tapi rakyat Indoneisa siap lebih awal, sebab gangguan kerajaan Pakatan Harapan dan Mahathir.



Jika dulu rakyat Indonesia berebut datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan , kini mereka tidak lagi seghairah dulu. 

Hendak ambil orang gaji pun Indonesia buat syarat baru, ”take it or leave it”. 

Pembangunan lebih pesat dinegara mereka sendiri dan penambahan pelaburan dari negara lain membuat rakyat Indonesia lebih selesa berkerja di negara sendiri terutama nya ke Kalimantan dimana ratusan bilion pelaburan sedang pesat dibangunakan. 

Malaysia ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah dibawah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pecut membangun dan mendahului persaingan serantau. 



(boleh rujuk fakta dan statistik dibanyak kementerian) 

Namun, sebaik sahaja kerajaan Tun Mahathir ambil alih, maka semua keruntuhan dan kerosakan pun bermula. 

“World worst stockmarket” dan “Ringgit Asian worst currency” terpapar disemua muka depan media asing . 

Kerajaan yang 24 jam sibuk melayan skandal 1MDB ciptaan mereka sendiri sambil pembangunan negara ‘stagnant” tanpa ‘progress’ kerana Tun Mahathir lebih kuat berpolitik dari kuat membina negara. 



Negara tiada hala tuju kerana pakatan sesama parti politik yang menjadi kerajaan cuma hendak jatuhkan Barisan Nasional sahaja. 

“Marriage of convenience” sahaja terjadi sesama Pakatan Harapan. 

Apabila berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional mereka bertempik bersorak konon telah berjaya menjatuhkan pencuri wang negara yang mereka sendiri cipta tuduhan nya dengan bantuan Hakim pilihan mereka yang takut kepada bukti serta berstatus ‘perasuah” tapi disembunyikan. 

Sambil rakyat bersorak , pemimpin yang baru dipilih pula secara gelojoh menjual aset negara , menggadai tanah milik rakyat kepada kapitalis pro mereka. 



Peruntukan untuk rakyat diambil secara berperingkat. 

Elaun2 , peruntukan , semua dibatalkan dan dihentikan atau dikurangkan , pencen hampir dihapuskan. 

Bantuan dkurangkan , dan kakitangan awam Melayu dipecat seramai berpuluh ribu orang. 

Ekonomi dan pembangunan negara terencat dan ‘stagnant’ kerana kerajaan baru tiada polisi telus dan jelas. 

Masing2 ambil kesempatan. 

Satu pihak mengeledah Tabung Haji, satu lagi mengeledah syt GLC. Masing2 ambik apa sahaja yang mampu apa sahaja yang sempat. 

Projek HSR dihentikan dan bayar pampasan ratusan juta kemudian tersedar bodoh lalu hendak disambung semula. 

ECRL diolah dari taraf Mecedes Benz menjadi Proton sambil kos nya lebih kurang sahaja. 

Hutang negara semakin bertambah walaupun setelah memotong banyak peruntukan dan menjual banyak aset milik negara. 

Jika kerajaan Datuk Seri Najib cuba elak dari bergantung kepada hasil minyak negara , kerajaan sarkis PH pimpinan Mahathr ini pula menjarah syarikat minyak berganda ganda dividen dan special dividen nya dalam satu tahun. 

Akhirnya , rakyat yang rugi berganda ganda. 

Jika kerajaan Najib cuba elak menjarah Petronas dengan membeli banyak aset yang bawa pulangan. Kerajaan Mahathir pula melakukan sebalik nya. 

Kerajaan Mahathir menjual aset yang bawa pulangan seperti IHH , Alibaba dan lain lain. 

Mahahir juga cuba menjual PLUS kepada kroni nya ,tetapi digagalkan oleh sekutunya nya sendiri. 

Jika tidak habis semua pendapatan negara selain minyak jatuh ketangan kroni Mahathir. 

Pada PRU15 rakyat jangan terpedaya lagi dengan politik Mahathir. 

Beliau menghidang kisah skandal dan kisah pihak UMNO supaya rakyat membenci UMNO sambil menyelamatkan kuncu2 nya. 

Bila dapat kuasa rakyat bukan tumpuan Mahathir, tetapi kroni2 nya sahaja yang mendapat habuan. 

Kini Mahathir kembali lagi dengan menjaja perkara sama. 

Agenda Melayu menjadi selimut menutup agenda peribadi Mahathir. 

Tiada senarai apa yang akan dilakukan untuk Melayu selain retorik ‘Martabatkan Melayu”. 

 Memberi apa2 kepada orang Melayu dianggap sogokan politik , memberi bantuan wang dianggap merasuah orang Melayu, jadi fikir lah sendiri Mahathir hendak beri apa kepada orang Melayu. 

 Pada “Agenda Melayu”, mungkin Mahathir hendak memberi “Mukhriz” kepada orang Melayu.  



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker