Imigresen serbu jeti pelantar ikan, tahan 61 PAT

Imigresen serbu jeti pelantar ikan, tahan 61 PAT

Imigresen serbu jeti pelantar ikan, tahan 61 PAT
Seramai 61 PATI ditahan dalam serbuan JIM dan Maritim Malaysia di sebuah jeti pelantar ikan di Hutan Melintang, awal pagi semalam. – Foto NSTP/Ihsan JIM

BAGAN DATUK: Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak dalam satu serbuan melalui Op Bersepadu di sebuah jeti pelantar ikan di Hutan Melintang, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, berkata operasi kira-kira jam 1 pagi itu membabitkan 35 pegawai imigresen dari Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Perak, dibantu 26 pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi JIM Putrajaya serta 30 pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Beliau berkata, serbuan dijalankan di kawasan premis dan sekitar jeti pelantar ikan yang mempunyai bot nelayan.



“Seramai 61 warga asing diperiksa dengan kesemuanya PATI yang berumur di antara tujuh tahun hingga 55 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga Thailand, 13 lelaki warga Indonesia, dua wanita warga Vietnam, 36 lelaki dan lima wanita serta dua kanak-kanak lelaki warga Myanmar yang berada di lokasi berkenaan melakukan kesalahan imigresen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar

“Dua lagi lelaki warga Myanmar diserahkan kepada Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Hapdzan berkata, kesemua mereka yang ditahan dipercayai bekerja di pelantar ikan terbabit sebagai nelayan dan pekerja am.



“Setibanya di tempat kejadian, pasukan serbuan terpaksa memotong pintu pagar premis bagi membolehkan pegawai masuk ke kawasan premis terbabit.

“Setiap pintu bilik diketuk pegawai kanan dan memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa jabatan untuk memberitahu tujuan kehadiran kepada penghuni yang mendiami bilik-bilik di lokasi serbuan.

“Kehadiran pasukan operasi di lokasi serbuan menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut dan menyembunyikan diri di dalam semak sekitar lokasi serbuan.

“Bagaimanapun, kesemua mereka gagal meloloskan diri kerana kecekapan pasukan operasi yang berjaya menutup semua ruang dengan mengepung premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil setelah menerima maklumat orang ramai dan risikan.

“Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah,” katanya.

Imigresen serbu jeti pelantar ikan, tahan 61 PAT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker