Lima terselamat kebakaran rumah kedai



Lima terselamat kebakaran rumah kedai

Lima terselamat kebakaran rumah kedai
Anggota bomba membantu memadam kebakaran bangunan tiga tingkat di Taman Semarak, Kulim, awal pagi tadi. Foto Ihsan Bomba

KULIM: Lima sekeluarga berjaya dibawa keluar pasukan bomba selepas bangunan tiga tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Taman Semarak, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta seorang mangsa mengalami sesak nafas ketika kebakaran berlaku.

Mereka kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.13 pagi.

Azwan Hamdan bersama 17 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan terdapat kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai kelas A tiga tingkat yang membabitkan kemusnahan 85 peratus di tingkat bawah sahaja.

“Namun kesemua lima mangsa di tingkat dua bangunan itu berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota Bomba menggunakan tangga,” katanya, di sini hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, kesemua mangsa yang selamat berusia antara 24 hingga 64 tahun, namun seorang wanita berusia 58 tahun dibawa ke hospital kerana faktor usia, manakala lelaki warga emas berusia 64 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas.

Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu anggota BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Penanti, Pulau Pinang.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya dan kerja di lokasi kebakaran masih dilakukan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Lima terselamat kebakaran rumah kedai

Lima terselamat kebakaran rumah kedai


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker