Tukang urut dicekup dalam keadaan separuh bogel

 

Oleh Pena Merah


 

Tukang urut dicekup dalam keadaan separuh bogel
Tukang Urut Dicekup

 

Seramai tujuh orang wanita warga asing tidak sempat menyarungkan baju ketika sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menyerbu sebuah pusat urut, di sini, malam semalam.

Kesemua wanita berkenaan dalam keadaan separuh bogel sedang leka mengurut pelanggan masing-masing tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa imigresen.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, JIM Pahang memberitahu, serbuan Op Gegar yang dijalankan pada jam 8.30 malam itu berjaya menahan enam orang wanita Thailand dan seorang wanita China berusia antara 28 hingga 44 tahun.

TIADA PAS DAN LANGGAR AKTA

Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang pas yang sah dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, pasukan operasi dengan kekuatan 20 orang pegawai itu turut menyerbu 10 premis lain membabitkan kilang, kedai makan, kedai jahit dan kedai runcit.

Hasil serbuan tersebut, seramai 11 orang lagi warga asing berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan empat warga Indonesia (4) diikuti Bangladesh (2), Kemboja (1), Thailand (1), Myanmar (1), Pakistan (1) dan India (1).

Kesemua tahanan kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera untuk siasatan lanjut.

JIM Pahang memberitahu, ia akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Selain itu, katanya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang melindungi PATI. 

Sumber – MalaysiaGazette

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker