‘Miss Thailand’ didenda RM10,000 tinggal lebih masa

‘Miss Thailand’ didenda RM10,000 tinggal lebih masa

'Miss Thailand' didenda RM10,000 tinggal lebih masa
Miss Sanjai Mano didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan. – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Seorang wanita warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah tinggal melebihi masa di negara ini, bulan lalu.

Miss Sanjai Mano, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tinggal di negara ini selama tempoh dua bulan 18 hari tanpa sebab munasabah selepas tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah laku sehingga 27 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) Kanun yang sama, sabit kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan sepasukan anggota polis ketika serbuan di sebuah bilik hotel ketika menunggu pelanggan dengan barangan kes disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran turut dirampas.

Hasil semakan dengan Jabatan Imigresen Melaka mendapati pasport tertuduh hanya mempunyai pergerakan masuk ke negara ini pada 29 Jun lalu dan tiada pergerakan keluar.

Terdahulu, peguam Omar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan denda ringan dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak berusia lima dan sembilan tahun di Thailand.



Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob meminta hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan kepada tertuduh.

Ameera Khan Padam Semua Gambar Di Instagram

‘Miss Thailand’ didenda RM10,000 tinggal lebih masa

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button