Neelofa gelak besar baca komen netizen

Baju disamakan macam ikan laga... 

Neelofa gelak besar baca komen netizen

Neelofa gelak besar baca komen netizen
Busana Neelofa dan Mira Filzah disamakan dengan ikan laga.

PENAMPILAN dua selebriti popular Neelofa dan Mira Filzah dalam program bual bicara Next To Neelofa musim kedua menarik perhatian netizen di media sosial.

Ia selepas kedua-duanya tampil mengenakan baju jubah berwarna merah dan biru dilihat seakan-akan seperti ikan laga.

Terhibur melihat foto yang tular itu, Neelofa menerusi satu hantaran di akaun Instagram MeleTOP tergelak membaca komen netizen itu dan turut menulis pantun mengusik peminatnya.

“Pen merah pen biru, you marah I love You,” tulisnya pada ruangan komen.

 

Neelofa gelak besar baca komen netizen
Komen netizen yang menarik perhatian ramai.

Sebelum ini, tular foto Neelofa selaku pengacara program berkenaan bersama tetamu jemputannya Mira Filzah.

Gambar tersebut menjadi bualan kerana pakaian yang dipakai oleh kedua-dua pelakon tersebut dilihat seperti ikan laga.

Mira memakai jubah merah dan Neelofa pula cantik mengenakan baju biru kembang.

 

Neelofa gelak besar baca komen netizen
Neelofa dalam program bual bicara Next To Neelofa.

Rata-rata netizen memberi komen menghiburkan dan ada juga mengatakan pakaian mereka bersesuaian dengan penampilan wanita berhijab.

“Hahaha auto gelak. Cantik pula ikan laga ni kan?

“Ingatkan aku seorang sahaja yang nampak mereka macam ikan laga.

“Terima kasih buat saya gelak hari ini,” tulis netizen.

Untuk info, Neelofa kembali dalam bidang pengacaraan menerusi sebuah program bual bicara Next To Neelofa yang bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (124).

Kisah Malam Pertama Pengantin

Neelofa gelak besar baca komen netizen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker