4 suspek kes bunuh lelaki didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


4 suspek kes bunuh lelaki didakwa esok
M. Kumar

Empat suspek kes bunuh seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini  minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, esok.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kertas siasatan berhubung kes itu dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor hari inI dan telah mengeluarkan arahan untuk menuduh suspek-suspek yang terbabit dalam kes.

“Bagi kes bunuh, arahan untuk menuduh dikeluarkan ke atas empat suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua lagi suspek lain akan dituduh di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah,” katanya kepada pemberita hari ini.



Pada 4 Januari lalu, polis menerima maklumat pada pukul 4.54 petang berhubung satu kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun di sebuah kelab malam di bandar raya ini.

Dalam kes berasingan, Kumar memberitahu, seorang lelaki turut akan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Muar, esok bagi pertuduhan khianat dengan memecahkan cermin kenderaan.

Beliau berkata, bagi kes tersebut, suspek telah bertindak memecahkan cermin kenderaan di Kilometer (KM) 139.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, Sabtu lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker