Bapa lima anak hidup dengan setin kacang untuk tiga hari

Bapa lima anak hidup dengan setin kacang untuk tiga hari

Bapa lima anak hidup dengan setin kacang untuk tiga hari
Seorang lelaki Palestin mencari barangan yang masih boleh diguna di kawasan runtuhan bangunan. – FOTO AFP

Geneva: Rakyat Gaza kesuntukan masa dan pilihan, ketika mereka berdepan dengan serangan Israel, kekurangan dan penyakit dalam ruang yang semakin mengecil, tegas Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin Pesuruhjaya Agung Pelarian di Timur Dekat (UNRWA) Philippe Lazzarini.

“Mereka sedang menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak 1948. Dan ia adalah sejarah yang menyakitkan,” lapor agensi berita Palestin (WAFA) katanya di Forum Pelarian Global.

Beliau berkata penduduk Gaza kini bersesak-sesak di kurang daripada satu pertiga daripada wilayah asal, berhampiran sempadan Mesir, sambil menambah bahawa “Adalah tidak realistik untuk berfikir bahawa orang akan kekal berdaya tahan dalam menghadapi keadaan yang tidak boleh didiami sebesar itu.”



Lazzarini berkata Rafah, yang dahulunya menempatkan 280,000 orang kini menjadi tuan rumah kepada lebih sejuta orang.

“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan menamatkan kepungan untuk mendapatkan bantuan yang mencukupi. Saya mengalu-alukan sokongan padu 153 Negara Anggota PBB pada Perhimpunan Agung bagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera,” katanya.

Beliau juga menegaskan keperluan untuk melancarkan bantuan kemanusiaan yang sesuai dengan namanya.

“Apakah yang boleh ditawarkan 100 trak setiap hari kepada 2.2 juta orang? Perbincangan peringkat tinggi tentang bilangan trak setiap hari telah mengambil begitu banyak masa dan tenaga sehingga saya tidak mempunyai jawapan kepada seorang bapa kepada lima anak di Rafah yang bertanya kepada saya bagaimana dia dan anak-anaknya boleh bertahan dengan setin kacang selama tiga hari.



“Kami sangat jauh daripada respons kemanusiaan yang mencukupi,” katanya kepada WAFA.

Bapa lima anak hidup dengan setin kacang untuk tiga hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker