Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

https://youtu.be/2TXdpP3NbLo

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

Mantan Setiausaha Majis Syura Ulamak PAS dan juga AJK Pusat PAS, Dr Khairuddin At Takiri membuat pendedahan yang pasti akan membuatkan segelintir pemimpin PAS kepanasan.

Dalam viedo wawancara bersama BN Comm Kedah, Dr Khairuddin mendedahkan, antara UMNO dan PAS, pihak manakah yang sebenarnya telah menggagalkan Muafakat Nasional.

Menurut Dr Khairuddin, sebenarnya usaha untuk menjalinkan kerjasama antara UMNO dan PAS telah bermula di era DS Najib pada tahun 2013.

Di peringkat PAS, segala usaha dan cadangan telah diperincikan dengan teliti seperti yang dikehendaki oleh perlembagaan PAS.

Malah cadangan kerjasama itu telah mendapat mandat dari Muktamar PAS sebanyak 2 kali.

Kemudian barulah ianya di bawa ke mesyuarat bersama pemimpin UMNO.

Namun, kerjasama yang dinantikan oleh jutaan masyarakat Melayu Islam sejak lebih dari 3 dekad itu, akhirnya musnah.

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS?

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

Ini semua berlaku kerana percaturan ‘little napoleon’ di dalam PAS.

Bagi Dr Khairuddin, golongan inilah yang sebenarnya mengkhianati mandat yang diberikan oleh ahli PAS melalui Muktamar Tahunan PAS.

Dr Khairuddin juga mendedahkan, golongan ini jugalah yang selama ini menguasai pemikiran presiden PAS, Hadi Awang.

Pengaruh dan hasutan golongan ini ke atas Hadi telah menyebabkan beliau sering membuat pendirian ‘flip flop’.

Sehingga akhirnya Hadi mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Timbul beberapa persoalan dari video klip yang berdurasi hampir satu jam itu.

Apakah Dr Khairuddin mempunyai kredibiliti untuk membuat pendedahan sebegini?

Bagi penulis, Dr Khairuddin jelas mempunyai kredibiliti.

Beliau adalah antara pemimpin yang terlibat secara langsung dalam setiap peringkat dalam penubuhan Muafakat Nasional.

Apa yang penting sekarang ialah, ahli dan pemimpin PAS yang benar-benar sayangkan permuafakatan ummah, mesti mengenal pasti ‘little napoleon’ dalam PAS ini.

Merekalah sebenarnya pengkhianat agama, bangsa dan tanah air.

Merekalah yang selama ini layak untuk digelar sebagai penunggang agama.

Berselindung di sebalik sebuah parti yang berteraskan Melayu Islam untuk menyembunyikan niat jahat mereka.

Segala-galanya mereka lakukan tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mahu mendapatkan kepentingan politik peribadi.

 

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker