Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi

Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi

Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi

Selepas kontroversi berhubung kerjasama antara Umech Construction SB dan Penang Development Corporation, Chow Koon Yeow membatalkan perjanjian membangunkan Batu Kawan Industrial Park 2.

Perjanjian tersebut melibatkan pembangunan sebidang tanah di Batu Kawan.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Hong Yeam Wah, mempersoalkan penjualan tanah seluas 558.96 ekar di bawah harga pasaran kepada Umech pada awal Oktober.

Presiden Kehormat Seumur Hidup PCCC, Tan Kok Ping, membangkitkan isu keupayaan kewangan Umech dan mendedahkan perjanjian untuk menyerahkannya kepada Sunway.

Kok Ping juga dikatakan pernah membuat tawaran pada harga yang lebih tinggi tetapi kalah dalam bidaan.

Mantan Timb Ketua Menteri I, P Ramasamy, berkata oon Yeow sepatutnya menerima kritikan itu secara membina.

Tetapi beliau memilih untuk bertindak balas dengan ugutan untuk menyaman Kok Ping.

Sebagai Presiden PCCC, pengaruh Kok Ping telah membantu kejatuhan kerajaan BN pimpinan Gerakan untuk diambil alih oleh DAP.

Namun sejak menghidap kanser, beliau telah lama menyepikan diri.

Tetapi isu ini telah membuatkan beliau terpanggil untuk bertindak.

Kok Ping pernah berkata jika dia jatuh, Koon Yeow akan jatuh bersama beliau dan sangat jelas kenyataan tersebut telah memperlekehkan kredibiliti Koon Yeow.

Namun selepas Kok Ping mengeluarkan kenyataan tersebut, apakah Koon Yeow berani bertindak?

Pengaruh Kok Ping Tidak Boleh Di Pandang Remeh

The Corperate Secret pernah mendedahkan hubungan intim antara Kok Wing dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau pernah menawarkan isteri Guan Eng, Betty Chew untuk menjadi ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Harta PCCC.

Namun ianya ditolak untuk mengelakkan dari diserang oleh musuh politik Lim Guan Eng.

Bagi DAP yang pernah mengkritik UMNO atas dakwaan rasuah, tindakan Koon Yeow hanya membuktikan mereka juga mempunyai masalah yang sama.

Boleh kita fahami mengapa Koon Yeow membalas kritikan terhadap kredibiliti beliau kerana ada ura-ura beliau bakal ditukarkan.

Lebih membimbangkan Koon Yeow, tidak ada seorang pun dari kem beliau yang menang sebarang jawatan dalam pemilihan DAP di peringkat pusat.

Ianya masih lagi dikuasai oleh kem Lim Guan Eng.

Senario terkini sudah berbeza dengan keadaan sebelum PRN 6 negeri.

Ketika itu, Koon Yeow merupakan satu-satunya calon yang layak dilantik sebagai Ketua Menteri.

Tetapi kini sudah mula ada beberapa nama lain yang dilihat lebih berpotensi dari Koon Yeow.

Antaranya adalah adik perempuan Lim Guan Eng.

Selain itu antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Koon Yeow adalah Lim Hui Yeng dan Steven Sim.

Dengan kontroversi yang sedang melanda, ditambah dengan suara Kok Ping yang semakin lantang memberikan gambaran kerusi Koon Yeow semakin panas.

Cabaran utama Koon Yeow adalah beliau mesti membuktikan keupayaan beliau sebagai Ketua Menteri yang kini sedang dikritik hebat.

Ia adalah pengajaran sama ada kepada PKR yang kini mengetuai kerajaan pusat atau PAS yang mendominasi Perikatan Nasional.

Naratif politik dan janji yang dibuat akhirnya akan kembali menghantui sebagaimana yang Rafizi lakukan dalam kempen PRU13 dan 14.

Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker