Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i bagi warga PDRM

Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i bagi warga PDRM

Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i bagi warga PDRM
BANK Rakyat. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Bank Rakyat memperkenalkan Kad Kredit-i khusus buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai simbolik keprihatinan bank itu terhadap peranan, jasa dan khidmat bakti perwira negara yang mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam serta negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, inisiatif itu sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada transaksi tanpa tunai.

Katanya, ia juga bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang semakin digital dan ringkas dengan penggunaan e-pembayaran melalui kad kredit.



“Selain mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden, Kad Kredit-I ini turut menawarkan pelbagai faedah eksklusif dan ciri utama khas untuk memenuhi keperluan kewangan dan memberi manfaat kepada anggota PDRM.

“Caj perkhidmatan pengeluaran tunai istimewa sebanyak 1.5 peratus atau fi minimum RM15 yang mana lebih tinggi turut ditawarkan di mesin juruwang automatik (ATM) dan kaunter Bank Rakyat, berbanding dengan kadar semasa 3.0 peratus atau minimum RM20 untuk pengeluaran wang tunai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salam RM5 @ 1USD Realiti Atau Ilusi?


“Selain itu, Kad Kredit-i ini dikenakan kadar keuntungan serendah 8.0 peratus setahun untuk tiga tahun pertama, di samping pelan bayaran ansuran sebanyak kosong peratus tanpa sebarang caj dikenakan.

“Ciri lain termasuk, tiada yuran tahunan, tiada caj tambahan bagi transaksi luar negara yang membabitkan pertukaran wang asing, perlindungan takaful keluarga secara percuma dan khairat kematian sebanyak RM1,000,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, anggota PDRM yang melanggan Kad Kredit-i khas ini berpeluang menyertai kempen ‘Raya Bergaya Bersama Jakel’ yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 bersempena Ramadan dan Syawal kali ini.

Anggota PDRM juga berpeluang menikmati penjimatan sebanyak 5.0 peratus bagi pembelian petrol dan diesel setiap Khamis di mana-mana stesen minyak seluruh negara menerusi kempen ‘Petrol Khamis’ yang akan bermula 14 Mac hingga 31 Disember 2024.

Justeru, anggota PDRM digalakkan untuk melanggan Kad Kredit-i khas ini bagi menikmati pelbagai faedah eksklusif ditawarkan.

Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i bagi warga PDRM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker