Apa motif kenyataan Rafizi “Zahid akan kerat Khairy”?

 

Oleh Adam Malik

Semacam ada satu Pakatan atau satu perkongsian pendapat berkenaan UMNO agaknya yang membuat Rafizi Ramli membuat kenyataan berkenaan Khairy Jamaluddin.

Ramai juga ahli UMNO terkejut dengan kenyataan Rafizi Ramli bahawa Khairy akan di kerat oleh Presiden UMNO jika rakyat disitu mengundi Barisan Nasional.

Strategi apa yang RR cuba guna kan?



Formula pecah belah sambil menguntungkan Pakatan Harapan kah?

Kerana kenyataan seperti membaling sebijik batu untuk membunuh dua ekor burung?

Dua2 cuba di bunuh , pertama jika undi Khairy . bermaksud jangan beri Khairy undi.

Kemudian jika Khairy diberi undi Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan Khairy di kerat kerana Khairy pernah bersaing menjadi calon Presiden UMNO.



Maka , sekaligus RR berjaya buruk kan BN dengan satu kenyataan.

Selain itu, apa pula kepentingan Rafizi jika Zahid pancung dan kerat Khiry atau tidak?

Pada pemilihan Presiden UMNO sebelum ini , nama Khiry menjadi syak wasangka  kepada ahli UMNO kerana trooper dan sitro dari pihak pembangkang (DAP/PKR/AMANAH) terlalu jelas mempromosi Khairy sambil menyerang Zahid.

Akibat nya Khairy diletak dalam status ‘keraguan’ oleh ahli UMNO.

Kebetulan juga Khairy dilihat seperti pendokong liberalisma dan keterbukaan di mana di lihat lebih sesuai berada di dalam acuan politik Parti Keadilan Rakyat dan bukan UMNO.

Apa pun Kembali kita kepada topik dimana kenyataan Rafizi sebenar bermotif untuk pengundi Sungai Buloh supaya tidak mengundi Khairy sambil membenci Presiden UMNO itu sahaja.

Apa pun rakyat melihat kepada keupayaan parti dan bukan keupayaan individu, kerana individu yang hebat pun tidak dapat melaksanakan apa2 jika parti nya tidak hebat.

Ini semua sudah terbukti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker