Bekas PM Pakistan cedera dalam insiden cubaan bunuh

Bekas PM Pakistan cedera dalam insiden cubaan bunuh

Bekas PM Pakistan cedera dalam insiden cubaan bunuh
IMRAN KHAN

ISLAMABAD: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah trak kontena yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, menyebabkan beliau dan beberapa penyokongnya cedera ringan.

Pegawai parti, Asad Umar, berkata Imran cedera di kaki akibat terkena tembakan, namun tidak serius.

Serangan itu berlaku di daerah Wazirabad di wilayah Punjab timur.



Imran ketika itu dalam perjalanan konvoi trak dan kereta yang menuju ke ibu negara, Islamabad, sebagai sebahagian daripada kempennya bertujuan memaksa kerajaan untuk mengadakan pilihan raya awal.

Selepas serangan itu, Imran dipindahkan ke kenderaan lain dari trak kontena berkenaan, di mana pengumuman dibuat yang menyatakan beliau selamat.

Pengumuman itu turut memaklumkan, sebahagian penyokong daripada partinya, Tehreek-e-Insaf juga cedera.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas Imran memulakan perarakannya dari Lahore, ibu negara Punjab, bersama ribuan penyokongnya.



Imran Khan tuntut pilihan raya baharu, rancang perhimpunan di Islamabad

Bekas PM Pakistan cedera dalam insiden cubaan bunuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button