USAHA KURANG KARBON DIOKSIDA

USAHA KURANG KARBON DIOKSIDA

USAHA KURANG KARBON DIOKSIDA

PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) berusaha menjadikan loji penapis biologinya lebih mesra alam menerusi kajian bersama Eni SpA (Eni) and Euglena Co Ltd (Euglena).

Petronas pada Disember 2022 mengumumkan kerjasama bersama Eni dan Euglena bagi membangunkan dan mengendalikan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor yang dijangka siap pada 2025.

Naib Presiden Eksekutif Petronas Downstream, Datuk Sazali Hamzah berkata, menjadikan loji penapis biologi itu lebih mesra alam dan lebih besar adalah langkah seterusnya dan agenda lebih besar.

“Apabila loji ini beroperasi, kami masih akan menghasilkan karbon dioksida (CO2). Bagi mengurangkan pengeluaran CO2, kita perlu mengumpulkan semua CO2 ke dalam hab dan hab ini yang dalam perancangan.

“Sebaik sahaja kami mempunyai hab ini, rancangan kami adalah untuk mengepam CO2 ke takungan (reservoir) lama di luar pesisir Semenanjung Malaysia dan Borneo yang sudah dikenal pasti,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


Sazali berkata, rakan sekerjanya di Petronas juga sudah memulakan satu lagi kajian dan projek untuk mengalihkan CO2 yang dihasilkan ketika proses penggalian minyak ke dalam takungan ini juga.

“Diharapkan kami akan menguji sama ada penghantaran CO2 ke hab ini adalah sesuatu yang menjimatkan, menjelang 2031,” katanya.

Sazali berkata, jika projek ini berjaya, Petronas boleh mengambil CO2 dari negara lain sebagai perkhidmatan.

“Contohnya, apabila kami menjual LNG (gas asli cecair) kepada Jepun, CO2 yang dihasilkan di sana dapat dikumpulkan dan dibawa ke sini untuk dimasukkan ke dalam sistem ini.

“Itulah gambaran besar jangka panjang pada masa ini,” katanya ketika lawatan ke ibu pejabat pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas di Brackley.

Katanya, buat masa ini, kajian itu adalah usaha sama dengan Eni dan Euglena.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


“Kami membiayainya bersama-sama dan kemudian, jika membuat keputusan untuk melabur, ketiga-tiga pihak akan melabur. Ia juga boleh dipasarkan bersama,” katanya.

Sazali berkata, setiap rakan kongsi mempunyai kekuatannya sendiri seperti Eni yang sudah menukar salah satu loji penapisan mereka kepada loji penapis biologi di Itali, manakala Euclena mempunyai teknologi tersendiri untuk menukar minyak alga kepada minyak bio selain lama berpengalaman dalam sektor ini dan mempunyai beberapa ciri keselamatan.

“Jadi ia adalah gabungan pengalaman dan pengetahuan pasaran dan inilah cara kami mahu maju,” katanya.

Katanya, apabila siap, ia juga boleh direplikasi ke tempat lain dan pada masa ini kami boleh menukar loji penapisan yang lain menjadi hab hijau.

“Jadi, jika dilihat di Kerteh, terdapat peluang besar pada masa hadapan dan ini adalah aspirasi kami. Kami mempunyai PetChem (Petronas Chemicals Group Berhad), kami mempunyai loji penapisan minyak dan kami mempunyai kilang kami. Jika ia boleh disambung terus, semua CO2 yang dihasilkan boleh dihantar ke sana dan secara keseluruhan, ia menjadi hab hijau.

“Bagaimanapun, untuk melakukannya sudah tentu ia mesti berdaya maju dari segi ekonomi. Itulah aspirasi jangka panjang kami tetapi boleh diuji dengan Pengerang dahulu,” katanya.

USAHA KURANG KARBON DIOKSIDA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker