Jepun cuak peluru berpandu Korea Utara hampir ceroboh ruang udara

Jepun cuak peluru berpandu Korea Utara hampir ceroboh ruang udara

Jepun cuak peluru berpandu Korea Utara hampir ceroboh ruang udara

PELURU berpandu yang dilancarkan oleh tentera Korea Utara ketika melakukan latihan ketenteraan di lokasi rahsia pada 10 Oktober lalu. – AFPSEOUL: Selepas melancarkan lebih 20 peluru berpandu dengan satu daripadanya mendarat berhampiran Korea Selatan kelmarin, Korea Utara semalam melancarkan tiga lagi peluru berpandu balistik yang hampir merentasi Jepun

Pejabat Perdana Menteri Jepun pada mulanya mendakwa peluru berpandu itu merentasi negara tersebut pada pukul 7.48 pagi waktu tempatan.



Situasi itu menyebabkan stesen penyiaran negara mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan berhampiran supaya mendapatkan perlindungan.

Penduduk di Miyagi, Yamagata dan Niigata di tengah Jepun diarahkan supaya tidak keluar dari rumah atau bangunan yang mereka diami sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun, tidak lama kemudian, Kementerian Pertahanan Jepun menyatakan peluru berpandu itu tidak merentasi ruang udara negara berkenaan, sebaliknya, ‘hanya berpotensi’ untuk menceroboh.

Kira-kira 25 minit selepas pelancaran peluru berpandu pertama, Pengawal Pantai Jepun memaklumkan senjata itu sudah jatuh ke Lautan Pasifik.



Tentera Korea Selatan turut melaporkan pelancaran tersebut.

Pihak berkuasa Seoul menganggarkan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pyongyang merupakan peluru berpandu jarak jauh.

Kali terakhir Korea Utara melepaskan peluru berpandu merentasi Jepun adalah pada bulan lalu, iaitu kali pertama sejak 2017.

Pyongyang dilaporkan sudah melancarkan sejumlah peluru berpandu pada tahun ini berikutan pelaksanaan latihan ketenteraan skala besar antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan. – AFP



Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

 

Jepun cuak peluru berpandu Korea Utara hampir ceroboh ruang udara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button