Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
Selain dari tragedi 13 Mei 1969, satu lagi sejarah hitam yang perlu dijadikan pengajaran akibat dari perpecahan yang membawa kepada kehilangan nyawa ialah tragedi Memali.
Mungkin bagi generasi muda, tidak banyak maklumat yang sahih mereka perolehi dari kisah sebenar mengenai kedua-dua tragedi ini.
Mungkin kalau ada pun melalui versi yang sudah banyak dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan.
Fakta yang tidak boleh disangkal ialah, kedua-dua tragedi ini berlaku akibat dari sikap cauvanis ahli politik.
Tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana sikap keterlaluan ahli politik dari DAP dan Gerakan.
Hanya untuk mendapatkan populariti dan sokongan politik, sentimen perkauman dibakar ke tahap maksima sehingga sanggup mengorbankan keharmornian kehidupan rakyat.
Untuk Menang PRU 15, Kisah Tragedi Memali Akan Di Gunakan Dalam Kempen
Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Khairuddin Al Takiri mendedahkan akan ada usaha dari pihak yang beliau gelarkan ‘little napoleon’ membakar kembali kisah Tragedi Memali.
Bagi penulis, ada asas yang cukup kukuh dari apa yang didedahkan oleh Dr Khairuddin itu.
Bukan lagi rahsia, malah sudah terbukti dalam PRN Melaka dan PRN Johor.
Ahli PAS tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin mereka berkerjasama dengan PPBM melalui PN.
Ahli PAs memang terkenal dengan sikap walak kepada pemimpin.
Namun realiti yang terbentang di hadapan mata tidak boleh mereka ketepikan begitu sahaja.
Pemimpin PAS dan PPBM bimbang akan ada undi protes dari ahli PAS.
Sama ada mereka tidak keluar untuk memberikan undi kepada calon PN atau langsung tidak keluar mengundi.
PN memerlukan satu isu yang besar supaya dapat membangkitkan kemarahan dan kebencian ahli PAS kepada UMNO/BN bagi mengelakkan undi protes dari ahli PAS.
Tetapi sangat jelas, PN ketandusan isu untuk menyerang BN di dalam kempen PRU 15.
Pengundi sudah merasa bosan untuk mendengar isu mengenai 1MDB dan GST yang menjadi senjata utama musuh politik UMNO/BN.
Manakala isu Sapura Holding dan pembinaan kapal perang LCS sudah tidak menarik minat pengundi apabila UMNO membuat penjelasan dan pendedahan fakta yang sebenar.
Hentikan Sikap Memecahbelahkan Masyarakat Melayu Untuk Kepentingan Politik Peribadi
Maka mereka melihat, kisah Tragedi Memali adalah satu-satunya cara untuk membangkitkan kemarahan pengundi kepada UMNO/BN.
Terutamanya golongan pengundi muda yang mudah dibakar emosi mereka.
Dengan cara itu, undi protes terhadap PN dapat dielakkan.
Nasihat penulis kepada ‘little napoleon’, janganlah hanya kerana mahu menang pilihanraya, masyarakat Melayu Islam mahu dipecah belahkan.
Namun begitu sekiranya golongan ini masih lagi mahu meneruskan niat mereka, jangan pula menyesal sekiranya isu itu akan menikam kembali diri sendiri.
Terlalu banyak bukti yang masih tersembunyi serta belum didedahkan, seperti punca sebenar berlaku tragedi Memali, hasil kutipan Tabung Memali dan banyak lagi.
Biarkan kisah silam berlalu kerana yang penting adalah kita mengambil pengajaran darinya dan bukan digunakan untuk kepentingan politik peribadi.
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti
- Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
- 2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon