Korea Selatan tingkat pengawasan di stesen kereta api bawah tanah elak kesesakan

Korea Selatan tingkat pengawasan di stesen kereta api bawah tanah elak kesesakan

Korea Selatan tingkat pengawasan di stesen kereta api bawah tanah elak kesesakan

SEOUL: Korea Selatan meningkatkan pemantauan di stesen kereta api bawah tanah yang sesak bagi mengawal kesesakan dan mengelakkan sebarang insiden kemalangan maut seperti yang berlaku di Itaewon minggu lalu.

Pasukan polis dikerahkan ke stesen kereta api bawah tanah di ibu negara untuk menyertai kakitangan perkhidmatan pengangkutan awam dalam aktiviti kawalan orang ramai.



Perdana Menteri, Han Duck-soo turut menggesa polis bertindak balas dengan betul bagi mengelakkan kemalangan akibat kesesakan.

“Situasi berisiko tinggi serupa dikhuatiri wujud pada waktu sibuk di stesen kereta api bawah tanah,” katanya.

Pesuruhjaya Polis Negara, Jeneral Yoon Hee-keun pada Selasa lalu mengakui kawalan orang ramai di lokasi bencana di Itaewon adalah tidak mencukupi sambil menyatakan polis telah menerima beberapa laporan amaran kemungkinan berlaku kemalangan pada malam parti Halloween itu.

Menurut pakar, kawalan orang ramai dan lalu lintas yang betul oleh pihak berkuasa boleh menghalang atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pengunjung parti Halloween di lorong-lorong ketika itu.-AGENSI



Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

Korea Selatan tingkat pengawasan di stesen kereta api bawah tanah elak kesesakan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button