Lagi serpihan roket China bakal terhempas ke bumi

Lagi serpihan roket China bakal terhempas ke bumi

Lagi serpihan roket China bakal terhempas ke bumi
SERPIHAN penggalak roket Long March 5B sebesar bangunan 10 tingkat dan sebenar 21 tan dijangka memasuki atmosfera bumi esok. – AFP

BEIJING: Satu serpihan daripada penggalak roket Long March 5B milik China yang dianggarkan seberat 21 tan dan sebesar bangunan 10 tingkat dijangka memasuki atmosfera bumi esok.

Namun, kumpulan pakar sehingga kini tidak dapat meramal di manakah serpihan itu akan jatuh dan perkara tersebut mencetuskan kebimbangan sekiranya ia menimpa kawasan berpenghuni.

Keadaan itu menyebabkan para saintis kini bertungkus-lumus membuat perangkaan lokasi jatuhnya serpihan berkenaan sebelum ia memasuki atmosfera bumi.



Penggalak roket tersebut yang dilancarkan pada 31 Oktober lalu membawa modul ketiga dan terakhir Stesen Angkasa Lepas Tiangong.

Kali terakhir serpihan roket berkenaan jatuh ke bumi adalah pada Julai lalu dan China juga mengambil pendekatan berdiam diri berhubung hal tersebut.

Ketua Projek di The Aerospace Corporation’s Center for Orbital Debris and Reentry Studies (CORDS), Gregory Henning memaklumkan, ketidakpastian dalam data dan maklumat yang diperoleh menyukarkan para saintis meramal di manakah lokasi serpihan roket itu bakal jatuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :



Katanya, pakar hanya boleh menjangkakan lokasi pendaratan selepas serpihan itu memasuki atmosfera bumi.



“Biarpun bandar-bandar utama dijangka selamat daripada serpihan roket yang bakal jatuh, namun sebanyak 88 peratus penghuni bumi berdepan dengan risiko tersebut.

“Kami tidak boleh menjangkakan apa-apa ketika ini kerana kekurangan maklumat dan data,” katanya.

Penggalak roket yang membawa modul bernama Mengtain itu berlepas ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di selatan wilayah Hainan pada tengah hari Isnin lalu.

Mengtian akan disambung dengan modul Wentian dan Tianhe bagi melengkapkan stesen Tiangong.

Dalam pada itu, Aerospace Corporation menyatakan tidak mustahil serpihan itu akan jatuh di kawasan berpenghuni.

“Kemasukan serpihan sebesar itu tidak akan menyebabkannya terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, maka ia boleh jatuh menimpa mana-mana kawasan,” ujar syarikat tersebut.

Namun, kebanyakan penggalak roket akan terbakar ketika memasuki atmosfera dan serpihan itu banyak ditemukan di sekitar Asia Selatan.

Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

 

Lagi serpihan roket China bakal terhempas ke bumi

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker