Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM

PUTRAJAYA: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 11.18 pagi.

Beliau tiba menaiki kenderaan sebelum turun di hadapan ibu pejabat SPRM dan kemudian berjalan kaki.

Keadaan sesak apabila beliau dikerumuni lebih 700 penyokong dan petugas media.

Muhyiddin hadir untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Wibawa.

Ketibaan Muhyiddin ditemani sekumpulan empat peguamnya diketuai Datuk K Kumaraendran.

Kumaraendran ketika disapa BH mengesahkan beliau dan tiga lagi peguam akan menemani Muhyiddin.

Sementara itu, BH difahamkan, hanya dua pegawai khas Muhyiddin dan empat peguam dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu.

Semalam, Muhyiddin mengesahkan akan hadir di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.

“Esok (Khamis), saya diminta ke Ibu pejabat SPRM pada jam 11 pagi,” katanya Ahli Parlimen Pagoh itu.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker