Resepi Acar Rampai

Resepi Acar Rampai
Resepi Acar Rampai

Seperti yang dijanjikan, Che Nom nak share resepi Acar Rampai. Menu sampingan yang selalu ada di waktu kenduri kendara dan biasanya padankan dengan nasi berperisa macam nasi tomato ke nasi briyani ataupun nasi minyak. Lauk yang sesuai dihidangkan sekali pula ialah ayam masak merah. Anda boleh rujuk pada resepi yang lepas mengenai perkongsian resepi ayam masak merah dan resepi nasi minyak style kenduri.

 

Acar Rampai yang sedap bagi Che Nom, rasa tu mestilah sedikit manis dan berempah. Ada rasa masam-masam pun juga, dan yang penting mesti kurp krap rangup kalau kita makan. Sayur tu mesti rangup. Siapa setuju. Jadi resepi kali ni, ada tips mcm mana nak sediakan acar rampai yang sedap dan krup krap bila makan.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan acar rampai:
    • 1 batang timun
    • 1 batang lobak merah
    • 1/2 sk pes kapur makan
    • 2 tangkai cili merah
    • 8 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah kecil
    • 7-8 tangkai cili kering
    • 1/2-1 biji bawang besar
    • 1 inci halia
    • 1 sb udang kering
    • 1/2 sb biji sawi
    • 1 sb rempah kari
    • 2 sb gula
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 1/3 cwn cuka
    • 2 sk garam
    • Bijan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk acar rampai:
    1. Potong timun (bahagian biji jangan ambik) dan carrot memanjang seperti batang mancis.
    2. Rendam timun dan carrot dalam air kapur ½ jam (supaya sayur rangup). Kemudian tapis dan bilas dengan air.
    3. Cili merah buang tangkai dan biji kemudian racik halus (jangan terlalu nipis).
    4. Bawang putih dan bawang merah belah dua atau tiga (pastikan bawang masih tebal).
    5. Potong kasar bawang besar dan halia.
    6. Rendam udang kering anggaran 10 minit.
    7. Kisar halus cili kering, bawang besar, halia, udang kering dan air.
    8. Sangai bijan sampai naik bau kemudian angkat dan ketepikan.
    9. Panaskan minyak dan tumis biji sawi.
    10. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
    11. Masukkan gula dan cuka makan. Masak sampai kering sikit.
    12. Masukkan garam, bawang putih, bawang merah dan sedikit bijan. Masak sampai kesemua bahan layu.
    13. Tambah serbuk kunyit (untuk warna yang lebih menarik), kacau sebati dan tutup api. Biakan bahan tumisan suam sikit.
    14. Masukkan timun dan carrot. Kacau sebati.
    15. Tabur hirisan cili merah dan bijan sebelum hidang.

 

Tip:

 

  • Untuk senang potong carrot, trim sikit bahagian tepi carrot menjadi bentuk 4 segi. Potongan akan jadi sama dan carrot tak bergerak masa potong.
  • Petua untuk rangupkan sayur, rendam sayur dalam air kapur. Kalau tak ada kapur, boleh rendam dalam air sejuk (tapi hasil selepas masak mungkin berbeza).

Resepi – Acar rampai kenduri kahwin

Resepi Acar Rampai

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker