Azli sambung sandiwara Khalid



CALON Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dilihat akan meneruskan kesinambungan kegagalan ‘bekas majikannya’, Khalid Abdul Samad yang telah lari ke Titiwangsa.

Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan Shah Alam tanpa menyedari bencana itu sudah boleh dielakkan ketika beliau menjadi orang kuat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) satu ketika dulu.



Tanda tanya mula berlegar mengapa beliau tidak berkongsi kepakaran yang beliau miliki sepanjang berkhidmat sebagai antara orang penting di Shah Alam.

Kawasan Stadium Shah Alam kerap dilanda banjir kilat sejak 2015 tetapi tidak ada pencegahan dilakukan menyebabkan tahun 2018, bencana itu berulang lagi, termasuk ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dengan Perak.

Lebih membingungkan, ketika Azli dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan sekitar, masalah banjir masih tidak dapat diselesaikan.

Kini, masalah banjir masih lagi menjadi salah satu janji PH dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Shah Alam, sekali gus menonjolkan kegagalan kerajaan pimpinan mereka menyelesaikan masalah yang sama sejak sekian lama.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker