KL juara Piala Tun Abdul Razak 2023

KL juara Piala Tun Abdul Razak 2023

KL juara Piala Tun Abdul Razak 2023

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) kembali bergelar gergasi hoki tanah air apabila menamatkan penantian 12 tahun untuk menjuarai edisi Piala Tun Abdul Razak 2023.

Kejayaan itu tidak hadir dengan mudah kerana KL terpaksa berhempas pulas bangkit sebanyak dua kali untuk menewaskan Melaka 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terika 2-2 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ia sekali gus meranapkan impian Melaka untuk menjulang gelaran keempat sejak kali terakhir memenanginya pada edisi 2019.



Dalam aksi itu, Melaka terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Amirullah Zainol pada minit ke-12 sebelum KL menyamakan kedudukan melalui kapten, Zulpidaus Mizun pada minit ke-28.

Melaka yang dibimbing Nor Ikhram Sulaiman kembali mendahului 2-1 menerusi gol kedua peribadi Amirullah hasil gerakan cantik daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Bagaimanapun, KL kendalian I. Vikneswaran tidak mudah menyerah kalah apabila sekali lagi bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil jaringan padang Sriraam Vikneswaran pada minit ke-47.

Serangan bertali arus kedua-dua pasukan masih gagal menghasilkan gol seterusnya sehingga minit ke-60 menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti shoot-out.



Akhirnya, KL berjaya menamatkan penantian 12 tahun bergelar juara apabila menenangi penentuan penalti shoot-out dengan keputusan 4-2 ke atas Melaka, sekali gus menjulang trofi buat kali ke-19 dalam sejarah pasukan itu. -KOSMO! ONLINE.

KL juara Piala Tun Abdul Razak 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker