Azli terdiam ‘diserang’ Afif

 

Calon Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof (tengah) dan Perikatan Nasional (PN) Dr. Afif Bahardin (kanan) ketika menghadiri program bual bicara YB Boleh ‘Go’ Ke? anjuran Sinar Harian, petang tadi.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Calon Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof dilihat lebih banyak mendiamkan diri ketika menyertai program bual bicara YB Boleh ‘Go’ Ke? anjuran Sinar Harian, petang tadi.

Acara yang memfokuskan kerusi Parlimen Shah Alam itu menggandingkan Azli dengan Dr. Afif Bahardin dari Perikatan Nasional (PN) yang bertalu-talu membuat serangan peribadi terhadap Azli.



Sepanjang lebih 50 minit bersiaran secara langsung, Afif lebih banyak bercakap, meskipun Azli cuba untuk mencelah, namun tidak diendahkan.

Sekadar mampu tersenyum, Azli hanya membuat penafian apabila Hazwan Mokhtar selaku hos memberi peluang kepadanya untuk memberi pendapat.

Walau bagaimanapun, Azli dilihat tidak mahu melayan strategi lapuk Afif dan fokus kepada usaha-usaha yang mahu dilakukannya di Shah Alam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker