Konflik Russia-Ukraine tamat tanpa AS

Konflik Russia-Ukraine tamat tanpa AS

Konflik Russia-Ukraine tamat tanpa AS
TENTERA Ukraine melancarkan tembakan meriam Caesar 155 mm/52 kaliber ke arah kedudukan Russia di wilayah Donbass, timur Ukraine. – AFP

KUALA LUMPUR: Operasi ketenteraan khas Russia di Ukraine boleh berakhir sekiranya Amerika Syarikat (AS) menghentikan campur tangan dalam pergolakannya dengan Ukraine.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta Russia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov berkata, campur tangan AS seolah-olah menunjukkan negara kuasa besar itu mahu melanjutkan konflik di Ukraine.

“Saya pernah menyatakan perkara ini sebelum ini dan ingin mengulangi semula, penyelesaiannya adalah di `tangan’ AS.

“Sekiranya AS berhenti campur tangan dalam isu Ukraine, maka saya pasti konflik yang sudah berterusan selama setahun ini juga akan berakhir.

“Saya tahu tiada siapa mahukan perang berlaku. Namun, selagi AS bertindak sedemikian, konflik ini tidak akan selesai selama-lamanya,” katanya.

* RUSSIA MAHU TAMATKAN PERANG

Jelas beliau, Russia berbuat demikian bagi melindungi masyarakat berbahasa Russia yang menetap di Donbass, Lugansk dan beberapa wilayah lain di Ukraine.

Selain itu, beliau berkata, operasi ketenteraan khas itu juga dilaksanakan untuk menjamin keselamatan negara dan rakyat Russia yang lain.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya, Ukraine menjadi sebahagian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), maka ia akan menjadi ancaman besar kepada Russia.

“Jadi, operasi ketenteraan khas itu untuk menghentikan pencerobohan bakal dilakukan oleh NATO di Russia dan pada masa yang sama mengelakkan musibah lebih besar untuk negara lain,” katanya.

* KONFLIK TERCETUS SEAWAL 2014

Dalam pada itu, Latypov berkata, konflik yang berlaku di dalam dan sekitar Ukraine sudah tercetus seawal tahun 2014.

“Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg baru-baru ini mengakui perang di Ukraine tidak tercetus pada Februari tahun lalu bahkan sudah bermula pada 2014 lagi.

“Pada waktu itu, Ukraine dilanda kudeta (rampasan kuasa) yang dipercayai didalangi sepenuhnya oleh AS.

“Malah, sejak dahulu lagi, AS dan negara-negara barat cuba memasukkan Ukraine ke dalam NATO. Mereka menggunakan Ukraine sebagai platform untuk menentang Russia,” katanya.

* PERANG DUNIA KETIGA

Ketika ditanya sama ada konflik antara Russia dan Ukraine membawa kepada Perang Dunia Ketiga, Latypov berharap agar perkara itu tidak akan berlaku.

“Tiada siapa mahukan ini (Perang Dunia Ketiga). Ia akan menjadi bencana kepada seluruh dunia bukan sekadar di AS, Russia dan Eropah tetapi negara-negara lain turut menderita.

“Jika berlaku Perang Dunia Ketiga ia akan menjadi perang nuklear,” katanya.

Harga emas cecah paras tertinggi dalam sebulan

 

Konflik Russia-Ukraine tamat tanpa AS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker