Pejuang tidak popular di Shah Alam

MUHAMMAD Rafique Rashid Ali mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) terpaksa menggunakan sentimen kebencian untuk meraih undi.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) dilihat terpaksa menggunakan sentimen kebencian terhadap parti lain bagi meraih perhatian pengundi Parlimen Shah Alam.

Usaha berkenaan dilakukan olehnya menerusi akaun TikTok tengah hari tadi dengan mempertikaikan kuasa mahkamah terhadap pemimpin barisan hadapan terdahulu.



Malah beliau dengan yakin mahu membawa perubahan khususnya di Shah Alam tanpa menyedari perubahan hanya boleh dilakukan dengan barisan kepimpinan parti yang kukuh.

Pengalamannya selama 22 tahun sebagai peguam tidak boleh diguna pakai untuk mewakili mahupun membela nasib pengundi Shah Alam yang mencecah lebih 100,000 orang.

Khalid Abdul Samad yang mewakili PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga penggal di Shah Alam sudah terbukti tidak mampu membawa perubahan besar, apatah lagi dirinya yang tidak mempunyai pengalaman.

Pengundi di Shah Alam dirasakan boleh membuat congakan bahawa GTA bukan pilihan yang perlu diberikan peluang khususnya pada masa sekarang kerana masalah setempat kian meruncing.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker