Polis buru lelaki intai wanita di tandas stesen minyak

Polis buru lelaki intai wanita di tandas stesen minyak

Polis buru lelaki intai wanita di tandas stesen minyak
Polis buru lelaki intai wanita di tandas stesen minyak

IPOH: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak di Tapah semalam, seperti yang tular menerusi laman sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun yang menyedari diintai seseorang melalui ruang atas tandas dalam kejadian pada 4.50 petang.

“Rakaman kamera litar tertutup mendapati lelaki yang belum dikenal pasti bangsanya dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke dalam tandas wanita dan kemudian beredar menaiki kereta Toyota Avanza berwarna perak.



“Hasil semakan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Pusing, Perak.

“Usaha mengesan suspek dibuat berdasarkan kepada nombor kenderaan yang digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang) yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis buru lelaki intai wanita di tandas stesen minyak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button