5 kudapan enak dari Sabah dan Sarawak

KEMERIAHAN menjelang tiba apabila di Malaysia Timur warga tempatannya bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka.

Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada, 1 dan 2 Jun.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak

hairanlah makanan adalah antara aspek yang paling dinanti-nantikan.

Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat sambil menikmati pelbagai makanan lazat.

Mari kita kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba.

1. Kuih sarang semut atau kuih jala

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan kuih karas dari Semenanjung ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu dan gula.

Ia digoreng panjang dan nipis, memiliki tekstur yang lembut serta sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai kuih jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur serta rasanya yang lazat.

Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih sarang semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

2. Penganan

Penganan dari Sarawak adalah makanan tradisional digoreng dengan adunan tepung beras, gula, dan santan.

‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut dan kenyal.

Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ia makanan bergoreng, amalkan kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.

3. Hinompuka (kuih pulut kukus)

Hinopuka, iaitu makanan tradisional Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit dibalut

dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal.

Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim. Ada yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis.

Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan sesuai bagi yang menggemari perisa lebih halus.

Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkan kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan.

Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.

4. Tebaloi

Tebaloi atau biskut sagu adalah makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo.

Diperbuat daripada tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik.

Nikmati kepingan tebaloi dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya unik hasil daripada panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.

5. Bambangan

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga.

Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan.

Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka.

Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan untuk meningkatkan kepuasan anda.

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini adalah cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai, sambil memuaskan selera makan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker