Sijil Palsu Mahu Ajar Matematik Politik?

Matematik merupakan pembelajaran yang perlu fokus dengan penggunaan angka dan pengiraan. Bukan mudah bagi individu mempelajari formula dan statistik dalam kiraan matematik.

 

 

Untuk menjadi mahir dalam matematik, seseorang perlulah mendapat pengiktirafan daripada pihak tertentu.

Agak memalukan bila ada individu yang tidak menghabiskan pengajian mahu mengajar orang lain berkaitan matematik.

Apabila Timbalan Presiden PPBM, Dato Seri Faizal Azumu menggambarkan kerajaan di bawah Dato Seri Ismail Sabri sebagai Kerajaan Perikatan Nasional ia seakan menjadi lelucon.



Formula ‘Sijil Palsu’?

Menggunakan formula ‘matematik’ kiraan sebagai blok terbesar yang menyokong Ismail Sabri, Peja terfikir atau tidak kiraan matematik beliau salah.

Bagaimana Peja mahu meletakkan GPS sebagai Perikatan Nasional sedangkan apa yang diberikan hanyalah sokongan.

GPS bukan sebagai sebahagian daripada Perikatan Nasional.

 

Apakah dengan angka 77 itu sudah cukup besar bagi Peja? Mengapa mahu memperkecilkan BN yang turut berperanan menyokong Muhyiddin sebelum ini?



Peja perlu akui jika BN tidak memberikan sokongan buat Muhyiddin sebelum ini, mustahil Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri selepas ‘Sheraton Move’.

 

 

Ibarat ‘diberikan betis, mahu peha’, PPBM memang tidak pernah surut dengan nafsu kuasa mereka walau sedar kewujudan parti itu hanya menumpang populariti Tun Mahathir. 

Mereka (PPBM) perlu akui selepas ini Muhyiddin tidak mampu menjadi seperti Tun Mahathir.

Kemungkinan parti tersebut lumpuh apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi Perdana Menteri sangat besar.

Rujukan – https://www.malaysia-today.net/2019/02/10/sekarang-giliran-menteri-besar-perak-kantoi-tipu-ijazah/

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker