Malaysia layak final hoki Piala Sultan Azlan Shah

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara mengesahkan tiket beraksi di final Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Jepun di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan dalam aksi terakhir liga sepusingan itu membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj mengakhiri saingan di kedudukan kedua apabila mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Korea Selatan menamatkan saingan liga di kedudukan teratas dengan mengumpul 13 mata selepas menang empat perlawanan dan satu seri.

Malaysia akan membuat perhitungan dengan Korea bagi perebutan gelaran juara, Khamis ini.



Terdahulu, pada aksi bertemu Jepun, skuad negara bermula garang apabila mendahului perlawanan dengan dua gol menerusi Muhammad Razie Abd Rahim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti masing-masing pada minit kelima dan kesembilan.

Bagaimanapun, Jepun merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Kaito Tanaka pada minit ke-23 tetapi Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi meletakkan Malaysia di depan apabila meledak gol padang minit ke-31.

Pemain Jepun, Shota Yamada menjaringkan gol kedua pasukan menerusi pukulan sudut penalti namun Norsyafiq Sumantri memastikan kemenangan mutlak buat skuad negara apabila meledak gol keempat pada minit ke-46.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker