Neymar sedia ketuai Brazil cari mahkota keenam

RIO DE JANEIRO: Selepas merasai kekecewaan di Piala Dunia lalu, Neymar sudah lama bersedia bagi memastikan dirinya berada pada prestasi terbaik bagi mengetuai Brazil ke kejohanan tahun ini di Qatar.

Kini berusia 30 tahun, pemain termahal dunia itu sentiasa bergelut dengan jangkaan tinggi terhadapnya selain dibelenggu kecederaan sejak menyertai Paris Saint-Germain dari Barcelona pada 2017.

Tidak lama dahulu, Neymar mengatakan bahawa Qatar mungkin menjadi Piala Dunia terakhir buatnya kerana tekanan bermain pada tahap bola sepak tertinggi.



Bagaimanapun perwatakan dan prestasinya sejak tiga bulan awal musim ini seiring dengan usaha Brazil cuba memenangi Piala Dunia dengan rekod enam kali.

Selepas melaporkan diri untuk latihan pramusim seminggu awal daripada dijangkakan, Neymar terus menyinar dalam kempen Liga Perancis dan sudah menjaringkan 15 gol dalam 19 perlawanan setakat ini bersama PSG selain membantu Lionel Messi dan Kylian Mbappe.

“Dia berada di tahap terbaik. Ia adalah hasil semua persiapan dilakukannya,” kata jurulatih pasukan kebangsaan, Tite mengenai bintang Brazil itu.

Khabar angin pada penutup musim mengatakan PSG mahu mengurangkan kerugian mereka dan menjual Neymar juga sudah reda dan dia juga akan ke Qatar bagi mencari dua lagi gol bagi menyamai catatan Pele dengan 77 gol selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil.



“Apabila Neymar berada di tahap terbaik, kami ada peluang yang bagus untuk menang Piala Dunia, kerana dia adalah pemain yang boleh mendatangkan perbezaan di padang,” kata legenda Brazil, Cafu.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button