Penyokong Argentina paling bersemangat

DOHA: Penyokong setia bola sepak Argentina menyatakan bahawa Piala Dunia terakhir Lionel Messi akan berakhir dengan kejayaan selepas pasukan Amerika Latin itu menjadi pasukan pertama mendirikan kem latihan di Qatar.

Kumpulan penyokong mereka berkumpul di mercu tanda jam Piala Dunia dekat Doha sambil bersorak nama Messi selain mengibarkan bendera, 13 hari sebelum kejohanan berkenaan akan bermula ketika polis terus memerhatikan permulaan demam bola sepak di negara Teluk itu.

Ramai antara mereka berkunjung ke menara jam itu untuk menyambut ketibaan Matías Villarroel, Silvio Gatti, Leandro Blanco dan Lucas Ledezma yang berkayuh sejauh 10,500 kilometer melintasi Afrika untuk sampai ke Doha hari ini.

Namun Messi sentiasa berada di minda mereka serta penyokong yang lain.



“Impian di belakang kayuhan melalui keseluruhan laluan ini ialah Argentina akan menang Piala Dunia dan Leo akan menjulang trofi pada 18 Disember,” kata Blanco.

Ketika Argentina menang Piala Dunia 1978 dan 1986, Messi yang juga antara pemain terhebat dunia kalah pada aksi final 2014.

“Emosi yang kami lalui amat hebat, kami menghabiskan enam bulan mengayuh basikal menerusi Afrika dan Timur Tengah untuk berada di sini, di Doha untuk pesta ini.”

“Kami sangat yakin dan begitu berharap ketika kami lakukan perkara gila ini, kami akan memulakan Piala Dunia yang indah di sini, di Qatar.”



Kumpulan pertama staf teknikal Argentina dan pegawai persekutuan bola sepak mereka dijangka tiba hari ini di Doha dan menubuhkan pangkalan latihan dekat sebuah universiti.

Sebahagian penyokong mereka datang untuk bekerja di Qatar berbulan lalu sambil berharap dapat mengumpul wang dan boleh menyaksikan Messi serta pasukan kebangsaan mereka.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker