Ramai kenal Isham Jalil

ISHAM JALIL (kanan) beramah mesra dengan seorang peniaga di Pasar Malam Seksyen 18 di sini,hari ini.

Oleh Rohana Man

 



SHAH ALAM : Kehadiran calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil di Pasar Malam Seksyen 18 mendapat sambutan daripada pengunjung.

Malah ada pengunjung yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan bersama Isham Jalil yang ketika itu sedang mengadakan sesi walkabout di pasar malam tersebut.

Peluang itu digunakan sepenuhnya untuk bertanya khabar dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung yang mulai membanjiri pasar malam sekitar pukul 6 petang.

Isham Jalil ketika ditemui MyTV Online terharu dengan sambutan yang diterima daripada pengundi Parlimen Shah Alam sepanjang sesi walkabout tersebut.



Setakat hari ini, kempen beliau diterima penduduk Shah Alam yang rata-rata menunjukkan sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah, ramai yang mengenali saya dan saya sangat terharu dengan sambutan pengunjung pasar malam ini,” katanya.

Beliau sempat menyampaikan ceramah ringkas bersama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari di ruang speaker corner anjuran Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam yang dipimpin ketuanya, Mohd Dendera Billah Zamzuri.

Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Isham Jalil ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Sesi Pengenalan Calon di Seksyen 24, berkata, beliau tidak menjangka menerima sokongan baik daripada penduduk termasuk golongan muda.



Menurutnya, sokongan yang diterima amat memberangsangkan dan berharap momentum itu berterusan sehingga hari pengundian.

“Kita ada masa kurang dua minggu lagi. Saya harap semua program berjalan lancar. Terima kasih kepada jentera yang menerima saya walaupun saya ini ‘underdog’,” katanya sambil memberitahu beliau kini hanya tidur sekitar tiga hingga empat jam sehari dan memastikan kesihatan sentiasa baik sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Turut hadir mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Mengulas lanjut, Isham Jalil berkata, Shah Alam sudah terlalu lama berada di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat sudah tahu bagaimana rasanya nasib mereka tidak terbela.



Parlimen Shah Alam dikuasai PH sejak PRU12 (2008), PRU13 (2013) dan PRU14 (2018).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button