Usyk akan lakukan apa saja untuk tumbangkan Fury

London: Jaguh tinju WBA, WBO, IBF dan IBO dari Ukraine, Oleksandr Usyk berkata, dia akan melakukan apa saja untuk menang ke atas petinju Britain, Tyson Fury.

Bagaimanapun, dia akan gembira sekiranya perlawanan itu tidak beraksi dengan KO (knockout) kerana ia akan menjejaskan kesihatan petinju berkenaan.

Petinju berusia 35 tahun itu mengekalkan gelaran heavyweight buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Anthony Joshua pada Ogos lalu dan mahu merampas tali pinggang WBC milik Fury bagi menambah koleksinya pada tahun depan.

Awal bulan ini, dia menyatakan hanya berminat untuk bertarung dengan Fury selepas ini.

“Petinju terlatih, berbadan besar dan tahu apa yang perlu dilakukan. Ia bukan seperti berjalan di taman, saya sedar situasi itu, tetapi saya bersedia menghadapinya,” kata Usyk kepada portal berita Poland, Interia.

“Saya akan melakukan apa saja untuk menang.”

Usyk berkata, dia tidak pernah menyasarkan untuk melakukan KO apabila masuk ke gelanggang dan gembira jika menang dengan kiraan mata.

“Pukulan KO adalah masalah serius bagi atlet. Saya tidak mahu menjejaskan kesihatan sesiapa. Saya gembira apabila kedua-dua petinju dapat berjalan sendiri apabila keluar dari gelanggang,” katanya.

“Sudah tentu saya mahu menang, tapi saya tidak mahu mencederakan orang lain.”

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker