2 pemandu cemas kereta terperangkap banjir kilat di Chan Sow Lin

2 pemandu cemas kereta terperangkap banjir kilat di Chan Sow Lin

2 pemandu cemas kereta terperangkap banjir kilat di Chan Sow Lin
Anggota polis memantau Jalan Chow Lin di Terowong PPR Muhibbah yang dinaiki air, hari ini. – Foto ihsan Facebook Polis KL

KUALA LUMPUR: Dua pemandu berdepan detik cemas selepas kenderaan masing-masing terperangkap akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dalam kejadian jam 7.40 malam itu, paras air di kawasan berkenaan naik secara mendadak.

“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun yang memandu Perodua Axia dan seorang lelaki berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Subaru.



“Kedua-dua kenderaan itu dikatakan masuk ke kawasan banjir (kilat) dan tidak sempat untuk mengundur kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ashari berkata, kedua-dua mangsa yang terperangkap itu berjaya diselamatkan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua kenderaan itu juga sudah dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur melakukan pemantauan di beberapa lokasi dinaiki air di Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah dan Jalan Kuchai Lama.



Berdasarkan laporan dimuat naik di Facebook Polis KL, air mulai surut di dua lokasi berkenaan mulai surut dan laluan mula dibuka semula untuk pengguna jalan raya.

Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

2 pemandu cemas kereta terperangkap banjir kilat di Chan Sow Lin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker