MIFA, Kedutaan Malaysia bantu golongan terkesan COVID-19 di Indonesia

05/12/2020 04:10 PM

Oleh Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 5 Dis – Perkumpulan Aliansi Persahabatan Malaysia-Indonesia (MIFA) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini melancarkan program amal dan bantuan MIFA melawan COVID-19 bagi membantu golongan yang terkesan teruk akibat pandemik itu di Indonesia.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Zainal ketika melancarkan program itu hari ini berkata syarikat atau individu dari Malaysia atau Indonesia boleh melakukan sumbangan kepada kedutaan, yang kemudiannya akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.



Presiden MIFA Ikhsan Ishak berkata mereka yang berminat boleh menyalurkan sumbangan berupa barangan asas serta barang-barang penjagaan kesihatan diri seperti pelitup muka, pelindung muka, sarung tangan, pensanitasi tangan dan sebagainya.

“Kami tidak menerima sumbangan wang tunai dan barang-barang yang diterima itu akan diagihkan kepada individu dan kumpulan sasaran yang memerlukan di Indonesia,” katanya.

Di Indonesia, pandemik COVID-19 memberi impak besar kepada golongan pekerja yang hilang pekerjaan susulan impak ekonomi.

Dilaporkan sebanyak 40 juta warga Indonesia mendaftar untuk menyertai program kad prakerja, program khusus membantu golongan yang hilang pekerjaan susulan impak ekonomi akibat COVID-19.



Selain itu, menerusi penerapan norma baharu, masyarakat Indonesia diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah, selain keperluan berkaitan protokol kesihatan COVID-19 yang lain seperti penggunaan pensanitasi tangan.

Indonesia: Jangkitan baharu COVID-19 lepasi angka 8,000 kes

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker