Bomba selamat suami isteri terperangkap banjir kilat

Bomba selamat suami isteri terperangkap banjir kilat

Bomba selamat suami isteri terperangkap banjir kilat
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan pasangan suami isteri yang terperangkap akibat banjir kilat di rumah kebun mereka di Sungai Semungkis, Hulu Langat, hari ini. – Foto ihsan Bomba

HULU LANGAT: Suami isteri warga emas terperangkap di rumah kebun milik mereka di Sungai Semungkis, di sini, selepas kawasan itu dinaiki banjir kilat hari ini.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka yang berasal dari Ampang, dekat sini, dikatakan sedang berehat di rumah kebun terbabit.

Berdasarkan maklumat, pasangan berusia 60 tahun itu terpaksa diselamatkan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan dibawa keluar dengan selamat.



Pengarah JBPM) negeri, Norazam Khamis, mengesahkan khidmat pihaknya dipanggil untuk menyelamatkan pasangan terbabit.

“Setakat ini, hujan di sekitar Hulu Langat sudah berhenti. Bagaimanapun, pihak bomba masih melakukan tinjauan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, maklumat lanjut berhubung keadaan semasa di kawasan berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Bayi 10 bulan terperangkap dalam kereta

Bomba selamat suami isteri terperangkap banjir kilat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker