Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas? [VIDEO]

“Ingat Artis Ni Binatang? Najis Mughallazah,”- Selebriti Tak Suka Menunjuk, 



Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas?

Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas?

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan daripada pendakwah bebas yang mendakwa seseorang itu boleh kehilangan jiwa atau roh sekiranya bersalaman dengan golongan selebriti.

Kenyataan tersebut nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai.

Antara yang turut sama menyuarakan pandangan berhubung isu tersebut termasuklah penyanyi terkenal, Datuk Hattan.

Jelas Datuk Hattan, kenyataan tersebut seolah-olah memberikan perspektif buruk terhadap golongan artis.

“Kalau bersalaman dengan artis, katanya akan hilang roh. Hina betul pandangan dia pada artis ni. Sedapnya mulut bercakap.

“Kamu cakap artis ni standard entah apa-apa. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke?,” katanya.

“Ingat Artis Ni Binatang? Najis Mughallazah,”- Selebriti Tak Suka Menunjuk, Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas?

Malah, penyanyi lagu Biso Bonar ini turut menyifatkan golongan selebriti ini kebanyakkannya kurang gemar untuk berkongsi amalan mereka kepada umum.

“Artis ni sebenarnya tak suka menunjuk. Boleh kata 90% artis Malaysia ni, kebanyakkannya dah sampai ke Tanah Suci. Sama ada umrah atau haji.

“16 hari bulan ni, kumpulan Wings yang terkenal dengan rambut-rambut panjang kecuali Datuk Awie yang rambut dah pendek, satu grup akan pergi umrah.

“Dah rezeki mereka. Tengok diorang pergi mana, mereka bukan pergi London tapi umrah. Gitaris yang selalu iring saya, Ritz Metalasia, dia haji tu,” kongsinya lagi.

Hattan berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram.

Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas?

Lantaran itu, Hattan turut menyeru kepada semua pihak untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kalau kamu cakap bersalaman itu akan membuatkan kita batal air sembahyang atau salah kerana bukan muhrim, itu kita faham. Tapi bila cakap fasal hilang roh tu, macam hina sangat artis ni.

“Bercakap tu berfikirlah dulu. Nak tarbiahkan orang, kamu suami isteri pun sama sahaja. Ingat lebam dekat sini (dahi) guarantee syurga ke? Tolonglah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama pendakwah terbabit juga telah mendapat perhatian ramai selepas mendakwa suami yang membenarkan isteri dirawat oleh doktor lelaki ketika bersalin sebagai dayus.

Ibu Penyanyi Datuk Hattan Meninggal Dunia

Datuk Hattan Selar Kenyataan Pendakwah Bebas?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker