Giliran Meta pecat pekerja secara besar-besaran



Giliran Meta pecat pekerja secara besar-besaran

Giliran Meta pecat pekerja secara besar-besaran
META dijangka membuat pengumuman mengenai pemberhentian pekerja dalam skala besar pada Rabu ini. – AFP

BENGALURU: Selepas Elon Musk memberhentikan separuh pekerja Twitter di seluruh dunia, kini giliran syarikat induk Facebook, MetaMeta Platforms Inc untuk melakukan perkara yang sama.

Syarikat tersebut merancang memulakan pemberhentian pekerja dalam skala besar pada minggu ini.

Lapor Wall Street Journal, tindakan itu bakal menjejaskan sebahagian besar pekerjanya, dengan sumber terdekat memaklumkan pengumuman mengenai isu tersebut dijangka dibuat seawal esok.



Namun, Meta sehingga kini enggan mengulas lanjut berhubung laporan berkenaan.

Pada bulan lalu, Meta meramalkan suku tahun yang lemah dan kos pengeluaran lebih ketara pada tahun depan, iaitu AS$67 bilion (RM318 bilion) daripada nilai pasaran sahamnya.

Kos itu menyebabkan pertambahan lebih setengah trilion dolar AS bagi jumlah kerugiannya tahun ini.

Meta sebelum ini bergelut dengan pembangunan ekonomi global yang bergerak perlahan, selain berdepan persaingan dengan TikTok, perubahan ketetapan privasi oleh Apple dan ancaman peraturan yang sentiasa berubah.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg juga menjangkakan pelaburan metaverse mengambil masa kira-kira sedekad untuk membuahkan hasil.

Dalam tempoh itu, beliau terpaksa membekukan pengambilan pekerja, memberhentikan banyak projek dan menyusun semula struktur pekerja bagi mengurangkan kos.

Pada Jun lalu, syarikat media sosial itu mengurangkan pengambilan jurutera sebanyak 30 peratus dengan Zuckerberg memberi amaran kepada pekerjanya supaya bersiap sedia menghadapi kemelesetan ekonomi.

Pemegang saham Meta, Altimeter Capital Management menerusi surat terbuka kepada Zuckerberg sebelum ini menyatakan, syarikat itu perlu membuat penyelarasan dengan mengurangkan pekerja dan kos modal. – REUTERS



 

 

Giliran Meta pecat pekerja secara besar-besaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker