Isham Jalil difitnah miliki Mustang

ISHAM JALIL difitnah memiliki kereta mewah Mustang berharga antara RM461,271 hingga RM565,626. – Gambar Hiasan

Oleh Rohana Man

 



SHAH ALAM – Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin rancak dijalankan di seluruh negara, namun apa yang dikesalkan adalah perbuatan fitnah melibatkan calon pihak lawan semakin melampau.

Tidak terkecuali menerima tempias fitnah adalah calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Baru tiga hari kempen berlangsung, beliau telah difitnah memandu kereta mewah Mustang ke sebuah masjid di Seksyen 13 untuk menunaikan solat Maghrib, semalam.

Selain difitnah memiliki kereta mewah berharga lebih setengah juta itu, Isham Jalil juga dikatakan meminta dibentangkan sejadah di belakang imam.



Seorang yang menggunakan nama Jim menulis dalam satu hantaran di Facebook sekitar pukul 8.26 malam hingga 8.27 malam, semalam seperti berikut:

“Semlm magrib kt masjid 13, Isham dtg…Bwak kete mustang kaler hijau striking giler…Parking betul2 dpn masjid..
Pastu ada balaci dia bentangkan sejadah utk dia blkg imam…
Ada akal ke mamat ni…
Penyakit yg xkan blh hilang
Good luck to him…”

Menjawab fitnah yang ditabur oleh Jim melalui satu hantaran di Facebook, Isham Jalil berkata, ia merupakan fitnah kedua yang menimpa dirinya pada minggu ini.

Berikut jawaban Isham Jalil dalam menangkis fitnah yang mengaitkannya dengan sebuah kereta mewah berharga antara RM461,271 hingga RM565,626.



“Fitnah nombor 2 ke atas saya minggu ini.

Fakta:
1. Saya tidak ada kereta Mustang. Saya pakai kereta Toyota dan Honda.

2. Tidak ada orang yang bawa dan hampar sejadah untuk saya, saya hampar sejadah saya sendiri.

Kepada para pemfitnah, bawa-bawalah bertaubat. Kita amal politik positif. Salam.”



Sementara itu, seorang netizen turut menjawab fitnah tersebut. Beliau yang dikenali Rosman Al-Qadri menegaskan hantaran oleh Jim itu adalah fitnah.

Beliau yang mengenali Isham Jalil berkata, sepanjang mengikuti perjalanan politik Isham Jalil, beliau tidak pernah nampak calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam itu memiliki kereta Mustang.

“Selama saya ikuti Tuan Isham Jalil. Tak pernah pula nampak dia bawa kereta Mustang. Dia hanya bawa kereta calon sahaja sepanjang kempen PRU15 ini.

“Sebelum menjadi calon pun, saya tidak pernah nampak Tuan Isham membawa Mustang.



“Tuan-tuan dan Puan-puan semua boleh sahkan di Facebook Tuan Isham Jalil sendiri dengan gambar-gambar program beliau.

“Saya harap, kita tolak politik fitnah dan kita sokong idea Politik Positif yang dibawa oleh Tuan Isham Jalil ini.

“Saya tidak mahu tuduh dari parti mana yang suka buat fitnah ini, tapi kita semua sudah tahu parti mana kaki fitnah.

“Semoga Jim ini bertaubat dan memohon maaf. Kita tolak fitnah.”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button