Mengaku Shah Alam di hati, tapi tak tahu punca banjir

Tindakan Azli Yusof menabur janji palsu kepada penduduk Shah Alam saling tak tumpah dengan perangai pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) yang lain.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Azli Yusof yang akan merebut kerusi Parlimen Shah Alam bagi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) didapati sembang kosong seperti pemimpin PH yang lain.

Sebelum ini, beliau mengakui yang Shah Alam sememangnya tempat tinggal beliau sejak tamat belajar dan tidak pernah menetap di tempat lain sehingga sekarang.

Agak menghairankan atau sekadar lakonan apabila beliau membatalkan ceramah yang sepatutnya diadakan di Alam Budiman kerana mahu membuat persiapan lawatan banjir di Seksyen 17, malam tadi.

Tidak logik jika difikirkan seorang bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama tiga penggal pada 2009 hingga 2012 dan 2014 hingga 2015 masih tidak mampu menangani masalah banjir di Shah Alam.

Tambah membingungkan, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi Zon 1 yang meliputi Seksyen 2, 3, 4, 14 dan Pusat Bandaraya Shah Alam serta Zon 6 meliputi Seksyen 17, 18 dan Padang Jawa.

Sebahagian besar kawasan yang pernah dikendalikannya sebelum ini telah dinaiki air kira-kira pukul 5 petang semalam ekoran hujan lebat mengakibatkan ramai penduduk terjejas, kerosakan rumah, pokok tumbang dan jalan raya tidak dapat dilalui.

Bab bercerita soal jasa memang juara, mampu tebal muka mengaku terlibat selama 25 tahun dalam bidang profesional pengurusan projek dan industri tetapi banjir masih boleh berlaku sehingga hari ini.

Minggu lalu, ketika namanya disebut-sebut menjadi calon PRU15, beliau sekali lagi memberitahu wartawan media tempatan pengalamannya sesuai dengan keperluan menguruskan masalah komuniti Shah Alam.

“Tidak ada masalah berkhidmat dengan masyarakat, penetapan pencapaian, garis masa, pembahagian waktu, kewangan dan sumber,” katanya.

Penyudahnya, hari ini apabila banyak tempat dinaiki air, mangsanya adalah orang yang sama iaitu penduduk, kariah surau, peniaga serta penjaja setempat.

Sampai bila penduduk Shah Alam mahu ditipu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker