Nicole bakal cipta kejutan di Tebrau



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Nicole bakal cipta kejutan di Tebrau

Nicole Wong, calon BN di P158 Tebrau dijangkakan bakal cipta kejutan pada PRU15, 19 November depan. Keyakinan tersebut disuarakan oleh Naib Ketua Bahagian Umno Tebrau sendiri, Norizam Shah ketika ditemui di Pejabat Umno Tebrau.

Dengan sambutan ‘ala artis’ yang diberikan penduduk serta pengundi Tebrau, Norizam yakin penerimaan pengundi terhadap Nicole sangat baik.

Personaliti Nicole yang peramah serta sangat mesra begitu mengagumkan kebanyakan pengundi yang ditemui.



Norizam memberi fakta-fakta yang baik berkaitan angka kemungkinan jumlah undi yang boleh dirampas kembali BN dengan mengemukakan Nicole Wong sebagai calon P158 Tebrau.

Tidak menolak faktor PRN Johor turut mempengaruhi pengundi, Norizam yakin pengundi sudah mula berfikir dengan baik siapakah yang mereka yakini untuk mewakili P158 di Parlimen.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker