PBB jangka populasi dunia cecah 8 bilion tengah November ini



PBB jangka populasi dunia cecah 8 bilion tengah November ini

PBB jangka populasi dunia cecah 8 bilion tengah November ini
ORANG ramai memenuhi sebuah pasar di Bengaluru, India. – AFP

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan populasi manusia bakal mencecah lapan bilion orang menjelang pertengahan November ini dan dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.

Jabatan Populasi PBB menjangkakan jumlah itu dapat dicapai pada 15 November ini, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada kiraan global sebanyak 2.5 bilion pada 1950.

Bagaimanapun, selepas merekodkan peningkat sehingga awal 1960-an, pertumbuhan populasi dunia merosot secara dramatik.



Pertambahan tahunan menurun dari setinggi 2.1 peratus antara 1962 dan 1965 kepada bawah satu peratus pada 2020.

Angka itu diramal terus jatuh sehingga 0.5 peratus menjelang 2050 berikutan kadar kelahiran yang semakin rendah.

Berdasarkan peningkatan dalam jangka hayat serta bilangan individu mengandung, PBB mengunjurkan jumlah populasi terus bertambah kepada 8.5 bilion pada 2030, 9.7 bilion pada 2050 dan mencapai kemuncak, iaitu 10.4 bilion pada 2080-an.

Namun, kadar kelahiran yang rendah mungkin boleh menjadi menghalang kepada peningkatan tersebut.



Pada 2021, purata kadar kelahiran adalah 2.3 anak bagi setiap wanita sepanjang hayatnya, iaitu menurun kira-kira lima peratus pada 1950 dan angka itu dijangka terus merosot sehingga 2.1 menjelang 2050.

Dalam pada itu, kunci utama kepada pertumbuhan populasi global adalah purata jangka hayat yang meningkat, iaitu 72.8 tahun pada 2019, lebih sembilan tahun berbanding 1990.

PBB menjangkakan purata jangka hayat akan terus meningkat sehingga 77.2 tahun menjelang 2050.

PBB meramalkan lebih separuh daripada pertumbuhan populasi menjelang 2050 akan disumbangkan oleh lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, Nigeria, Pakistan, India, Filipina dan Tanzania.



Sementara itu, purata umur di rantau yang berlainan turut memainkan peranan dalam pertambahan jumlah populasi global.

Purata umur penduduk di Eropah adalah 41.7 tahun, manakala di sub sahara Afrika adalah 17.6 tahun. – AFP

95.7% populasi dewasa lengkap vaksin

PBB jangka populasi dunia cecah 8 bilion tengah November ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker