Pengawal keselamatan cedera dirempuh kereta masuk pasar raya



Pengawal keselamatan cedera dirempuh kereta masuk pasar raya

Pengawal keselamatan cedera dirempuh kereta masuk pasar raya
Sebuah kereta mengundur masuk secara tidak sengaja ke dalam sebuah pasar raya di Taman Dato Lela Manja, dekat Pekan Rembau, di sini, malam tadi. Foto ihsan pembaca.

REMBAU: Seorang pengawal keselamatan cedera selepas sebuah kereta tersilap masuk gear undur memasuki pasar raya, dalam kejadian di Taman Dato Lela Manja, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa wanita cedera ringan dan dihantar ke Hospital Rembau, di sini, untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Corrola Altis itu dikatakan baru sahaja selesai membeli-belah di premis berkenaan.



“Ketika mahu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah, lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan tersilap masuk gear undur lalu kereta dipandunya hilang kawalan dan bergerak masuk ke pasar raya itu.

DISYORKAN UNTUK ANDA
PRU15: ‘Sungai Buloh kerusi amat selamat buat Khairy’
‘Mana janji 30 peratus calon wanita?’- Mastura Yazid
PRU15: Tok Mat tak leka, akui lawan ada kekuatan tersendiri
PRU15: Jufitri taruhan PKR di Rembau

“Kejadian berlaku berhampiran pintu masuk premis itu. Kereta berkenaan dikatakan terlanggar seorang wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu tular satu video di laman sosial memaparkan sebuah kereta putih dengan bahagian belakangnya berada di dalam sebuah pasar raya berdekatan pintu masuknya.



Beberapa lelaki dilihat tidak berpuas hati dengan kejadian itu dan memarahi pemandu kenderaan berkenaan.

Resepi Sup Gear Box Merah Hidangan Hujung Minggu

Pengawal keselamatan cedera dirempuh kereta masuk pasar raya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker