Pengurus direman kes dokumen palsu darjah kebesaran

Pengurus direman kes dokumen palsu darjah kebesaran

Pengurus direman kes dokumen palsu darjah kebesaran
SUSPEK pengurus syarikat kontraktor diiringi pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, hari ini. – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Seorang pengurus syarikat kontraktor direman lima hari berhubung dakwaan bersubahat mengemukakan Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka palsu kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka bagi mendaftar sebagai ahli majlis.

Perintah reman hingga 12 November ini dikeluarkan Majistret Mazana Sinin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini selepas dimohon Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nursyakila Yaacob bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek berusia 56 tahun dan diwakili peguam Lailawati Husin tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, kira-kira jam 9 pagi ini, dengan menaiki kenderaan SPRM serta memakai baju lokap.



Jurucakap SPRM memaklumkan suspek ditahan pada jam 3 petang semalam, selepas selesai memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai, di sini.

Dia ditahan selepas dipercayai bersubahat dengan seorang Pengurus Syarikat Pelancongan dalam mengemukakan satu dokumen yang mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka untuk menjadi ahli majlis.

 

Guna nama universiti terkenal



Pengurus direman kes dokumen palsu darjah kebesaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button