Puteri Tebrau bangga Nicole lambang kekuatan wanita BN



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


“Kami sangat gembira ini kali pertama kita dapat calon wanita mewakili Parlimen P158 Tebrau”

Jawapan spontan dari Puteri Umno Tebrau bila ditanya mengenai calon BN P158 Tebrau, Datuk Nicole Wong. Menyifatkan pemilihan Nicole melambangkan kekuatan wanita BN, Fadilah Suradi turut memberi gambaran sambutan pengundi Tebrau terhadap Nicole.

Mengagumi sikap peramah Nicole yang bukan lakonan untuk menarik pengundi, Fadilah gembira dengan pakej yang sediada pada calon yang dikemukakan untuk pengundi Tebrau.



Puteri Tebrau bangga Nicole lambang kekuatan wanita BN

Nicole mengambil risiko meletakkan jawatannya sebagai Senator bagi bertanding di P158 Tebrau dan beliau membuktikan keputusan tersebut tidak salah.

Pengundi Tebrau wajar menimbangkan untuk memilih BN dan Nicole Wong bagi membawa kembali kemakmuran ke Tebrau sebagai hadiah untuk rakyat Johor.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker